Sunday 8 January 2012

7. Mengemas Kain (Fabrik)

Bagaimana anda semua menyimpan fabrik anda? Saya mempunyai fabrik yang berbagai saiz, ada yang 4meter panjangnya, ada juga yang sekecil Fat Quarter (FQ). Malah ada yang lebih kecil dan kadang-kadang yang lebihan kain pun masih disimpan.

Hari ini saya nak tunjukkan cara saya menyimpan fabrik supaya nampak kemas dan yang penting bila hendak guna/ambil satu fabrik, fabrik lain akan sentiasa kemas di tempatnya.

DSC05968 DSC05969

1. Anda perlukan:

  • Kad manila (yang sangat tebal dan tidak boleh dilipat atau gulung). Saya beli di kedai buku Popular, berharga RM3.70 untuk satu keping.
  • Pembaris
  • Gunting
  • Pen
  • Fabrik

DSC05945

2. Buatkan garisan di kertas manila anda. Saya buatkan panjang 12 inch x lebar 6 inch.

DSC05954

3. Potong menggunakan gunting atau pisau. Untuk satu kad manila ini saya dapat 10 keping kertas

DSC05947

4. Lipatkan kain dengan kelebaran 12 inch. Atau gunakan kad manila yang dipotong untuk mengukur kelebaran fabrik anda.

DSC05949

5. Letakkan kertas di atas fabrik dan lebihkan fabrik lebih kurang 2 inch. Lipatkan fabrik seperti gambar di bawah.

DSC05950

6. Terus lipat fabrik sehingga ke hujung fabrik.

DSC05951

7. Untuk lebih kemas, gunakan pin kertas untuk pin fabrik ke kertas yang telah diletak di dalam fabrik.

DSC05952

Ini adalah fabrik-fabrik yang bersaiz kurang dari 1 meter. Saya potong kertas 5.5 inch x 3.5 inch dan simpan kain dalam bekas bertutup.

IMG_0300

Saturday 17 December 2011

6. Bias Tape (Use Bias Tape Maker)

Tak dinafikan bias tape banyak digunakan untuk project menjahit saya. Sebelum saya membeli bias tape maker, saya membuat secara manual. Agak leceh dan mengambil masa tapi bila guna bias tape maker, memang cepat dan hasilnya memuaskan hati.

1. Anda perlukan kain yang bersaiz segi empat sama seperti di bawah.

DSC05897

2. Lipat kain membentuk segitiga dan potong di tengah2 supaya kain menjadi segitiga.

DSC05900

3. Saya akan membuat bias tape yang bersaiz 2 inch jadi saya potong kain saya dengan kelebaran 2 inch seperti di bawah.

DSC05901

4. Potong semua kain dengan kelebaran 2inch. Potong hujung kain seperti di bawah.

DSC05902

5. Mencantum kain. Luruskan satu kain dengan bahagian elok menghadap atas, kemudian letakkan satu kain 90 degree di atas kain tadi (right side together). Kemudian kemaskan dengan jarum.

DSC05903

6. Buat garisan 45degree seperti gambar di atas dan jahit lurus di garisan yang ditanda.

7. Seterika di bahagian yang di cantum.

DSC05904

8. Masukkan kain ke dalam bias tape maker. Gunakan jarum untuk memudahkan mengeluarkan kain ke bahagian sempit di hadapan bias tape maker. Seterika bias tape yang keluar dari bias tape maker.

DSC05917

9. Siap dan jahitlah di mana2 yang anda suka.

DSC05908

image

Friday 16 December 2011

5. Skirt Kanak-Kanak

Hari ini saya ingin tunjukkan tutorial memjahit skirt. Saya terus potong dan jahit 3 helai skirt. Tetapi skirt yang digunakan untuk tutorial tidak ada gambar hasilnya.

image

Untuk menjahit skirt, anda perlukan barang-barang di bawah:

  • 29 x 12 inches kain utama bercorak, 2 helai
  • 29 x 6 inches kain cotton kosong, 2 helai
  • Getah

1. Potong kain bersaiz seperti di atas. Pastikan anda memotong 2 helai untuk setiap saiz.

DSC05864

2. Cantumkan kain bercorak dan kain cotton seperti gambar di bawah. Pastikan anda cantum pada satu bahagian sahaja, lagi satu bahagian biarkan terbuka.

DSC05865

3.  Seterika di bahagian kain yang dicantum supaya lebih kemas. Kemudian jahit jahit tepi. (Gambar di bawah sebelum jahit tepi).

DSC05866

4. Lipatkan kain cotton kepada dua, pastikan sebelah yang anda seterika adalah sebelah kain yang elok.

DSC05867

5. Cantumkan kain bercorak (bahagian elok) dengan kain cotton yang telah diseterika. Dan pastikan bahagian cantuman kain bercorak dan cotton adalah selari seperti gambar di bawah.

DSC05868

DSC05869

6. Jahit tepi di bahagian kain bercorak dan kain cotton bercantum.

DSC05870

7. Seterika bahagian cantuman dari sebelah yang elok. Kemudian jahit di 1/4 inch dari bawah kain bercorak.

DSC05871

8. Jahit dan cantum skirt. Kemudian jahit tepi.

DSC05872

DSC05874

9. Lipatkan kain di atas skirt sebanyak 2 kali untuk meletakkan getah. Jahit sekeliling pinggang dengan meninggalkan sedikit bukaan untuk memasukkan getah.

DSC05875

DSC05876

10. Potong getah (ikut saiz pinggang anak anda). Masukkan getah melalui sedikit bukaan tadi.

DSC05877

11. Jahit getah dan jahit bukaan tadi.

DSC05879

Ini adalah 3 helai skirt yang berjaya dijahit. Gambar ini diambil sebelum saya masukkan getah ke setiap skirt.

image

DSC05909

Sunday 4 December 2011

4. Ironing Board Cover Tutorial

Dah lama saya teringin nak jahitkan cover untuk ironing board tapi disebabkan asyik melengah2 maka tak terjahitlah. Setelah terbaca entry terbaru dari Sew4Home yang mengajar cara membuat cover untuk ironing board, saya terus jadi bersemangat.

Tapi ini adalah version saya yang ringkas.

1. Untuk mendapatkan patern yang cepat lagi mudah, terbalikkan ironing board anda ke atas kertas, dan menggunakan marker pen tanda kan size board tersebut di atas kertas. Disebabkan saya tidak mempunyai kertas putih yang besar, jadi saya cantumkan 2helai surat khabar dan lukis patern atas kertas tersebut.

DSC05855

DSC05856

2. Setelah selesai melukis patern, guntingkan kertas patern tersebut. Pastikan gunting di atas garisan yang ditanda menggunakan marker pen tadi.

3. Letakkan patern kertas tadi di atas kain yang anda ingin jadikan cover. Lebihkan 4inch di setiap bahagian dan tandakan menggunakan kapur. Gunting di atas garisan yang ditanda dan anda akan mendapat hasil seperti di bawah.

DSC05857

4. Lipatkan kain setengah inch ke dalam di sekeliling kain dan untuk lebih kemas bolehlah seterika kain yang dilipat.

DSC05858

5. Kemudian lipatkan pula, 3/4 inch ke dalam dan tandakan dengan jarum. Jahit sekeliling kain dengan meninggalkan sedikit bukaan bagi tujuan memasukkan tali nanti.

DSC05859

6. Setelah siap jahit, masukkan tali di bahagian yang terbuka tadi. Gunakan pin untuk lebih mudah. Tali yang saya gunakan adalah jenis tali yang biasa didapati pada beg kertas. anda boleh juga gunakan riben.

DSC05860

7. Masukkan tali sehingga mengelilingi kain tersebut. Setelah selesai, letakkan kain cover di atas ironing board dan kemaskan tali. Hasilnya seperti di bawah.

DSC05863

Selamat mencuba.

3. Skirt

Hai semua, lama tak update blog. Busy sedikit. Kali ini saya tak buat tutorial sendiri kerana saya pun follow tutorial orang. Saya jahitkan skirt pertama untuk anak perempuan saya. Kain ini dibeli lama dahulu tapi baru sekarang ada idea untuk dijahit apa.


Inilah tutorialnya. Memang seperti yang dianggarkan, saya berjaya siapkan dalam masa 3jam. Nak jahit skirt yang simple pun banyak silap, jadi lama lah sikit masanya. Dan ini gambar my daughter menggayakan skirt barunya. Saya harap saya ada banyak masa untuk jahit berbagai skirt untuknya, sebabnya saya memang tak pernah beli skirt untuk anak saya dengan niat nak jahit sendiri. Harap2 tercapailah hasrat. Selamat mencuba.