Thursday 3 November 2011

2. Reversible Nursing Cover

Nursing cover ni dijahit untuk seorang kawan. Insyaallah dia bakal melahirkan bayi kedua dan bayi perempuan.
DSC05781
1. Bahan-bahan
Untuk membuat Nursing Cover, anda perlukan potongan kain seperti dibawah:
a.      2 fabric dengan size 26"X38" untuk cover
b.      2 fabric dengan size 30"x2" untuk sebelah tali
c.      2 fabric dengan size 10"X2" untuk sebelah tali lagi
d.      2 D Ring

2. Membuat Tali
a. Ambil dua fabric yang panjangnya 10"X2" dan guna pin/jarum untuk cantum bahagian dalam kain (right side together).

b.  Kemudian jahit sekeliling tali dengan ¼" seam allowance.
 

c. Siap jahit, terbalikkan kain menggunakan pink kecil.

d. Siap terbalik dan terus seterika tali.


e. Jahit tindan (lurus) pada tali.




f. Letakkan kedua-dua D Ring dan kemaskan dengan jarum


g. Jahit zigzag untuk dapat hasil lebih kemas


h. Siapkan tali untuk saiz 30"x2", Langkah seperti a sehingga e

3. Menjahit cover
a. Lipatkan 1 kain cover kepada 2. Jadi dari bersaiz 38" ia menjadi size 19". Tandakan 7" dari bahagian tengah, di kedua-dua bahagian kiri dan kanan dari tengah lipatan kain.
gmbr 1

b. Ambil dua fabric cover dan cantum bahagian dalam kain (right side together) guna pin/jarum.



c. Jahit lurus sepanjang kain bermula dari tempat tanda tali pertama sehingga tempat tanda tali kedua dengan seam allowance 1"(rujuk gambar: garisan putus-putus berwarna putih) . Jangan jahit di antara tali ke tali untuk membolehkan proses mengalihkan kain ke bahagian luar.
gambar2

d. Potong kain di keempat-empat bucu

e. Alihkan kain ke bahagian luar. Dan seterika kain untuk lebih kemas

4. Cantumkan cover dengan tali
a. Buat/Tanda satu garisan panjang atas tali, 1 dari bahagian tidak berjahit


b. Kemudian masukkan tali ke dalam cover di tempat bertanda dan kemaskan dengan jarum

c. Jahit tindih di sekeliling kain cover.

Tuesday 1 November 2011

1. Mula Sekali

Assalamualaikum.

Selamat datang ke blog yang akan mengajar anda sedikit sebanyak tentang dunia jahitan. Saya sendiri masih cetek dalam ilmu jahitan. Lantas dari situlah timbul idea untuk mewujudkan blog untuk berkongsi ilmu berkaitan jahitan. Dan sebenarnya sudah lama idea ini terpendam tapi nak merealisasikan itu mengambil masa.

Kenapa saya buat blog dalam bahasa melayu. Pada saya, sudah terlalu banyak blog atau web english yang ada untuk berkongsi ilmu jahitan. Malangnya, masih tiada (atau saya tak pernah jumpa) web atau blog dalam bahasa melayu yang mengumpulkan ilmu berkaitan craf dan jahitan.

Akhir kata, semoga sesiapa sahaja yang melawat blog ini dapat mengumpul ilmu. Amin