Hari ini saya ingin tunjukkan tutorial memjahit skirt. Saya terus potong dan jahit 3 helai skirt. Tetapi skirt yang digunakan untuk tutorial tidak ada gambar hasilnya.
Untuk menjahit skirt, anda perlukan barang-barang di bawah:
- 29 x 12 inches kain utama bercorak, 2 helai
- 29 x 6 inches kain cotton kosong, 2 helai
- Getah
1. Potong kain bersaiz seperti di atas. Pastikan anda memotong 2 helai untuk setiap saiz.
2. Cantumkan kain bercorak dan kain cotton seperti gambar di bawah. Pastikan anda cantum pada satu bahagian sahaja, lagi satu bahagian biarkan terbuka.
3. Seterika di bahagian kain yang dicantum supaya lebih kemas. Kemudian jahit jahit tepi. (Gambar di bawah sebelum jahit tepi).
4. Lipatkan kain cotton kepada dua, pastikan sebelah yang anda seterika adalah sebelah kain yang elok.
5. Cantumkan kain bercorak (bahagian elok) dengan kain cotton yang telah diseterika. Dan pastikan bahagian cantuman kain bercorak dan cotton adalah selari seperti gambar di bawah.
6. Jahit tepi di bahagian kain bercorak dan kain cotton bercantum.
7. Seterika bahagian cantuman dari sebelah yang elok. Kemudian jahit di 1/4 inch dari bawah kain bercorak.
8. Jahit dan cantum skirt. Kemudian jahit tepi.
9. Lipatkan kain di atas skirt sebanyak 2 kali untuk meletakkan getah. Jahit sekeliling pinggang dengan meninggalkan sedikit bukaan untuk memasukkan getah.
10. Potong getah (ikut saiz pinggang anak anda). Masukkan getah melalui sedikit bukaan tadi.
11. Jahit getah dan jahit bukaan tadi.
Ini adalah 3 helai skirt yang berjaya dijahit. Gambar ini diambil sebelum saya masukkan getah ke setiap skirt.
1 comment:
Simple tp comel sgt.. ��
Post a Comment