Assalamualaikum.
Selamat datang ke blog yang akan mengajar anda sedikit sebanyak tentang dunia jahitan. Saya sendiri masih cetek dalam ilmu jahitan. Lantas dari situlah timbul idea untuk mewujudkan blog untuk berkongsi ilmu berkaitan jahitan. Dan sebenarnya sudah lama idea ini terpendam tapi nak merealisasikan itu mengambil masa.
Kenapa saya buat blog dalam bahasa melayu. Pada saya, sudah terlalu banyak blog atau web english yang ada untuk berkongsi ilmu jahitan. Malangnya, masih tiada (atau saya tak pernah jumpa) web atau blog dalam bahasa melayu yang mengumpulkan ilmu berkaitan craf dan jahitan.
Akhir kata, semoga sesiapa sahaja yang melawat blog ini dapat mengumpul ilmu. Amin
No comments:
Post a Comment